loading...
Tindakan seorang wanita tua yang menegur sekumpulan remaja yang sedang berparti untuk memperlahankan volume muzik menjadi tragedi baginya apabila seorang dari mereka bertindak melakukan....Jom tengok video...Orang tua pun kau nak buat macam tu apa hal....
[VIDEO] Gara² Tegur Kumpulan Remaja Berpesta. Apa Yang Mereka Lakukan Kepada Wanita Tua Ini Buat Ramai BENGANG !!! | Sebuah video mengejutkan menunjukkan seorang lelaki menghempas seorang wanita tua ke lantai sebelum melemparkan dia ke dalam kolam renang. Wanita tidak dikenali itu yang berjalan dengan dua anjing beliau, kelihatan meminta kumpulan yang sedang berparti untuk memperlahankan muzik mereka.
Sambil menghampiri kumpulan itu, yang dipercayai remaja atau awal 20-an, kedengaran seorang wanita menjerit di belakang: ‘Jatuhkan dia ke dalam kolam !’
Seorang lelaki (kiri) kemudian muncul di hadapan beliau dan memeluk serta menghempas wanita itu ke tanah. Tidak pasti sama ada lelaki itu tidak sengaja tergelincir dan jatuh bersama wanita itu atau dia memang berniat menghempas wanita tersebut.
Bagaimanapun, lelaki itu segera bangun, memegang baju dan kaki wanita tua tersebut dan melempar dia ke dalam kolam renang, kedua-duanya jatuh kedalam kolam renang.
Dua anjing wanita tua itu juga diseret , tetapi berjaya melarikan diri sebelum wanita tua itu dilempar ke dalam kolam. Kesemua yang melihat kejadian itu ketawa dan menjerit tak percaya dengan apa yang berlaku.
Selepas lelaki itu melemparkan wanita itu masuk ke dalam kolam renang, Kesemua peserta parti itu dilihat melarikan diri dari tempat kejadian.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada wanita tua itu mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan kejadian itu juga tidak diketahui bila dan di mana ia berlaku.
Video:
loading...
0 Response to "[VIDEO] Gara² Tegur Kumpulan Remaja Berpesta. Apa Yang Mereka Lakukan Kepada Wanita Tua Ini Buat Ramai BENGANG !!!"
Post a Comment