loading...
"Cantik?! Tidaklah... biasa-biasa saja", ujar Stacy bila diajukan soalan tersebut.
"Mungkin sebab dulu saya kan nampak berisi, kulit pun gelap dan tak pandai senyum. Sekarang mungkin dah nampak saya lain sikit.
"Tapi saya tak suntik-suntik ya. Sejak kebelakangan ni saya belajar untuk jaga penampilan. Maklum sajalah sebagai artis, imej tu penting bagi golongan seperti kami. Lagipun bila saya tengok semula gambar-gambar saya yang dulu, saya gelak. Terasa diri ni teruk dari segi penampilan. Dulu saya tak pandai senyum. Jadi, saya belajar senyum depan cermin.
"Selain jaga pemakanan, saya amalkan minum minuman spirulina. Kulit saya sekarang bertambah cerah, mungkin sebab saya jarang keluar rumah. Berbeza dengan dulu saya selalu berjemur.
"Dulu saya tak tahu pun apa tu sunblock, sekarang ni kalau nak keluar pun kena tunggu cuaca redup sikit. Saya juga amalkan bersukan. Sejak dari dulu saya sukan aktiviti sukan. Saya dengan Akim (AF) selalu kami bermain badminton dan futsal bersama-sama", jelasnya dipetik sebagai berkata.
Terdahulu, Stacy turut memberitahu bahawa dia telah membelanjakan lebih RM10,000 untuk membeli semula kelengkapan rumah milik keluarganya yang terletak di Penampang, Sabah, yang musnah akibat bencana banjir kilat baru-baru ini.
"Rumah saya di kampung di diami oleh bapa, abang dan kakak saya. Bila dapat tahu rumah dilanda banjir, saya cukup risau akan keselamatan mereka. Sebab, rumah saya paling hampir dengan sungai. Memang la sungai itu kecil tapi kalau sudah dinaiki air, bimbang juga sungai itu boleh jadi besar.
"Saya difahamkan air naik dengan begitu cepat dan ahli keluarga saya tak sempat nak berbuat apa-apa. Hanya barang-barang di bahagian atas saja yang selamat. Semua kelengkapan yang berada di bahagian bawah seperti peti ais dan barang elektrik lain serta kelengkapan lain habis rosak.
"Jadi sekarang saya bantu keluarga saya untuk beli semua kelengkapan yang diperlukan serta membaiki bahagian-bahagian rumah yang rosak. Saya belanjakan lebih RM10,000 untuk ganti rugi tersebut", katanya.
loading...
0 Response to "STACY NAFI SUNTIK WAJAH, SEKADAR PERBAIKI PENAMPILAN"
Post a Comment