Peniaga Online Diviralkan Diculik Oleh Bangla. Rupa²nya Dia Sebenarnya.......

loading...


Seorang wanita dikatakan diculik Bangla ketika COD barang dengan pelanggan. Siap ada conversation suami wanita itu dengan 'penculiknya' diviralkan di Facebook dan WhatsApp. Namun begitu, kini berita itu dipercayai hanya......

Peniaga Online Diviralkan Diculik Oleh Bangla. Rupa²nya Dia Sebenarnya……. | Seorang pengguna Facebook telah memuat naik beberapa screenshot WhatsApp dan Facebook Messenger mengenai seorang wanita yang juga peniaga dalam talian yang dikatakan diculik oleh lelaki warga Bangladesh ketika membuat penghantaran cash on delivery atau COD barang yang dijualnya kepada pelanggan.
Hafiz Retro mendakwa mendapat screenshot tersebut dari perbualan WhatsApp dan meminta peniaga wanita berhati-hati dan membawa saudara lelaki bersama ketika COD barang yang dijual untuk mengelakkan kejadian seperti itu berlaku.
Hafiz turut memuat naik satu laporan polis yang dikatakan telah dibuat oleh suami mangsa. Hafiz memberitahu terdapat rakaman suara mangsa yang turut disebarkan kerana tetapi dia tidak memuat naiknya kerana fail jenis rakaman suara tidak disokong oleh Facebook.
Perkongsian Hafiz Retro mendapat lebih 2,100 likes dan lebih 14,000 perkongsian di Facebook, dengan rata-rata Netizen menyuaraan kebimbangan mengenai  kes tersebut yang menakutkan mereka dan membuat mereka rasa cemas, tetapi satu cerita lain telah timbul mengenai status viral tersebut.
Beberapa orang pengguna Facebook lain mendakwa bahawa screenshot dan cerita bahawa dia telah diculik ketika menghantar barang kepada pelanggan adalah rekaan wanita tersebut dan suaminya sahaja.
Ini kerana terdapat saksi yang mendakwa telah terlihat wanita itu sedang makan nasi di rumahnya. Pengguna Facebook itu juga mendakwa nombor laporan polis yang disertakan tidak wujud manakala suami wanita yang dikatakan membuat laporan polis palsu itu pula tidak menunjukkan sedang berada dalam kesusahan dan bersikap seperti biasa sahaja.
Mereka sekeluarga dikatakan berpakat memviralkan mengenai berita palsu tersebut untuk mengelak dari membayar hutang. Khabarnya, pasangan itu mempunyai hutang berjumlah RM 22,000 dengan Amanah Ikhtiar yang perlu dilangsaikan segera.
Apa yang menarik, Nurfauzila dikatakan telah menangkap sendiri gambar dirinya dalam keadaan mulut diikat dengan tudung, kononnya dia berada di tangan penculik.
Tinjauan penulis mendapati Nurfauzilah telah memadam beberapa komen yang mendedahkan cerita sebenar dan meletakkan beberapa status ke mod ‘peribadi’ di akaun Facebooknya. Kini yang tinggal di Facebook wanita itu hanya status dari tahun 2011.
loading...

0 Response to "Peniaga Online Diviralkan Diculik Oleh Bangla. Rupa²nya Dia Sebenarnya......."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close