loading...
- Kecoh, panas dan menggemparkan apabila Alyah memuatnaik foto wanita misteri berbaju biru bersama suaminya semalam. Tapi, kami rasa anda perlu tahu tentang 10 perkara paling penting mengenai Alyah dan Ramli MS. Dah macam drama pun ada!1. Hubungan Mereka Menjadi Tanda TanyaTak salah kami, sejak tahun 2012 lagi hubungan yang terjalin antara Ramli MS dan Alyah menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, kedua-duanya pun enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan mereka kepada media.2. Rumah Ramli MS Pernah Diserbu JAISPada 28 Ogos 2014, rumah konduktor muzik terkenal ini telah di serbu oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyiasat status hubungannya dengan Alyah. Alyah juga dikatakan sering ulang-alik ke rumahnya dan turut berada di situ semasa siasatan dijalankan.3. Ramli MS Sah Nikahi Alyah Di Batam, Indonesia
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu, mereka mendapati pasangan ini sudah berkahwin.Pasangan ini disahkan sudah bernikah di Batam, Indonesia kira-kira 2 tahun lalu, tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.4. Ramli MS Daftar NikahRamli MS dikatakan mendaftar pernikahannya dengan Alyah di Majlis Agama Islam Selangor pada September 2014.5. Alyah Sentiasa Tunjuk Sikap Loving Kepada Ramli MSPada bulan November 2014, Alyah memuat naik status romantis bersempena dengan ulangtahun suaminya.6. Gulp! Alyah Muat Naik Foto Ramli MS Dengan Wanita MisteriPada 11 Januari 2015, Alyah memuat naik foto Ramli MS bersama seorang wanita berbaju biru yang dikatakan mengganggu rumahtangganya. Foto tersebut dikatakan berada dalam telefon bimbit lama milik Ramli MS.7. Siapa Siti Hafilah Che Kar?
Wanita bernama Siti Hafilah Che Kar itu dikatakan sering mengganggu hubungan Alyah dengan Ramli MS semenjak mereka masih belum bergelar suami isteri lagi.Alyah juga mengucapkan tahniah kepada wanita itu kerana berjaya memporak-porandakan rumahtangganya.Namun, agak kontra dengan laporan-laporan media, Alyah menafikan bahawa dia pernah memberi kenyataan bahawa perempuan itu sudah berkahwin dengan suaminya.8. Alyah Akui Dirinya Seperti Orang Bodoh“Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak. Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur” – Alyah, Berita Harian9. Ramli MS Tidak Mahu Jawab Isu Foto Dengan Wanita MisteriSeperti kebiasaan, Ramli MS tidak mahu memberi apa-apa komen.“Tanya dia kerana dia (Alyah) yang masukkan. Saya tak nak komen apa-apa. Anda kena faham saya tak tahu apa-apa kerana gambar ini dia yang masukkan. Saya minta maaf “- Ramli MS, Harian Metro10. Alyah Tidak Pernah Memuatnaik Foto ‘selfie’ Dengan Ramli MS Sehingga SemalamKalau tak salah kami, semalam merupakan kali pertama Alyah memuat naik foto penuh bersama Ramli MS. Namun, caption foto tersebut agak memilukan hati seorang wanita.Saya post pic tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi.perempuan dlm pic Tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering menganggu hubungan saya.Yg saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya utk di temu bual adalah.Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya.saya tak pernah kluarkan kenyataan suami saya kawin dgn perempuan Tu.Maafkan saya kerana hari ini.saya tidak dapat menahan emosi Dan saya telah melakukan kesilapan yg besar.Tapi jgnla memanipolasi kan cerita saya.sampai semuanya jadi tidak Benar.www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
loading...
0 Response to "Kronologi Krisis Rumah Tangga Ramli MS – Alyah"
Post a Comment